Bengkel Penulisan Jurnal Berindeks SCOPUS/ Web of Science (WoS)

Bengkel Penulisan Jurnal Berindeks SCOPUS/ Web of Science (WoS)

Unit Pengajian Siswazah & Penyelidikan Pusat Sains Matematik telah manganjurkan Bengkel Penulisan Jurnal Berindeks SCOPUS/ WoS pada 11 Ogos 2023 dengan penglibatan 40 orang staf akademik PSM. Penceramah jemputan adalah Profesor Madya Dr. Mohd Hafiz Mohd dari Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia. Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan penulisan artikel berindeks SCOPUS/ WoS dalam skop Matematik dan Statistik bagi jurnal tidak berbayar, penyediaan Cover Letter dan elemen-elemen penerbitan seperti Highlights from Paper, Conflict of Interest, Authorship Conformation dan Competing Interest Statements.

Image
Image
Image
Image
Di samping itu staf akademik PSM diberi pendedahan berkaitan pemilihan jurnal bersesuaian, panduan untuk mendapat perhatian editor di peringkat penghantaran artikel dan panduan menjawab maklumbalas kepada komen penilai dan editor. Penganjuran bengkel ini adalah sejajar dengan inisiatif Key Performance Indicator (KPI) Unit Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, PSM bagi menyokong penunjuk prestasi utama iaitu nisbah penerbitan ilmiah setiap staf akademik dan kumulatif sitasi setiap staf akademik. Dengan penganjuran bengkel ini diharap dapat membantu staf akademik PSM dalam penerbitan artikel di jurnal berindeks SCOPUS/ WoS dan meningkatkan penarafan PSM diperingkat MyRA.

Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Norhayati binti Rosli.

Print   Email