Program Klinik e-Census 2020 bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Pahang

Program Klinik e-Census 2020 bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Pahang

Pusat Sains Matematik (PSM) telah menganjurkan Program Klinik e-census 2020 dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pahang. Program ini diadakan bagi memudahkan penjawat awam khususnya buat staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk membuat Pra Pendaftaran e-Census bagi perlaksanaan banci penduduk dan perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020). Program Klinik e-Census ini diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh: 8 September 2020
Tempat: Mathematics Support Centre, Blok W, UMP Gambang
Masa: 9:00 am – 4:00 pm
 
Tarikh: 9 September 2020
Tempat: Mathematics Support Centre, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), UMP Pekan
Masa: 9:00 am – 4:00 pm
 
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) iaitu YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, merangkap Pesuruhjaya Banci Malaysia 2020. Beliau telah memberikan pemahaman dan pemakluman berkaitan Banci 2020 kepada semua Staf UMP Gambang.
Image
Image
Image
Dengan adanya Program Klinik e-CENSUS ini, Staf UMP boleh menerima invitation code bagi mengisi e-Census dengan lebih cepat berbanding menunggu selama 72 jam setelah membuat Pra Pendaftaraan e-Census.
 
Pihak PSM ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Staf Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Pahang, Pihak Keselamatan UMP, semua Staf UMP khususnya Staf Pusat Sains Matematik (PSM) diatas semua kerjasama yang diberikan.
Image
Image

Print   Email