Program Motivasi bagi Pelajar Analitik Data Sem 1, 201920

Program Motivasi bagi Pelajar Analitik Data Sem 1, 201920

Pada 15 Februari 2020, Pusat Sains Matematik telah berjaya menganjurkan satu program motivasi bagi pelajar prasiswazah analitik data. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah bagi membangkitkan semangat para pelajar prasiswazah sebagai persediaan untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran semester baru. Program ini juga bertujuan menghimpunkan para penasihat akademik dan pelajar prasiswazah bagi menggalakkan interaksi, menjalin kerjasama dan memacu perkongsian ilmu sains matematik. Penceramah jemputan bagi program ini adalah terdiri daripada Dr. Noryanti Binti Muhammad (Pensyarah Kanan Pusat Sains Matematik) dan Puan Paridah Binti Mohd Ali (Pengawai Psikologi Kanan Universti Malaysia Pahang). Program ini telah mendapatkan sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada para pelajar dan penasihat akademik.

Turut diadakan pada hari yang sama ialah majlis penganugerahan sijil dekan bagi pelajar prasiswazah analitik data yang mencapai Purata Nilai Gred (Grade Point Average) ≥ 3.5 bagi sesi akademik 2019/2020 semester I yang lalu. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Sham Bin Mohamad (Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) dan diiringi oleh Dr. Siti Zanariah Binti Satari (Ketua program analitik data).

Pelajar prasiswazah analitik data yang telah menerima anugerah sijil dekan adalah seperti berikut:
1. Aizzah Azwana Binti Azman
2. Muhammad Nadzmi Bin Md Azam
3. Nuryasmin Binti Ab Rashid
4. Yunalis Amani Binti Abdul Rashid
5. Mohamad Rai’zuddin Farhan Bin Arshad
6. Ainur Naseiha Binti Kamarudin
7. Muhammad Haikal Bin Aminuddin
 
Image
 
Semua warga Pusat Sains Matematik ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah sijil dekan. Semoga semua penerima anugerah sijil dekan turut dijadikan model peranan bagi rakan sekelas dan selamat maju jaya pada sesi akademik 2019/2020 semester II untuk semua pelajar prasiswazah analitik data.

Print   Email