PSM researchers securing UMP-IIUM-UITM Sustainable Research Collaboration 2020

PSM researchers securing UMP-IIUM-UITM Sustainable Research Collaboration 2020

Tahniah diucapkan kepada Pensyarah Pusat Sains Matematik UMP, Ts. Dr. Azlyna binti Senawi, Dr. Siti Roslindar binti Yaziz, Dr. Muhammad Khairul Anuar bin Mohamed dan Dr. Sahimel Azwal bin Sulaiman atas kejayaan memperoleh 4 geran penyelidikan UMP-IIUM-UITM Sustainable Research Collaboration dengan jumlah keseluruhan RM80 000.

UMP-IIUM-UITM Sustainable Research Collaboration merupakan geran usahasama Universiti Malaysia Pahang dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan penyelidikan baru antara institusi dan mewujudkan persekitaran penyelidikan yang lebih baik di kalangan institusi di Malaysia.

Semoga penyelidik projek dapat menjayakan projek dan seterusnya menyumbang pencapaian yang signifikan kepada universiti dan komuniti secara keseluruhannya.
Image

Print   Email