Hari Penasihatan Akademik Program Asasi Sains dan Teknologi (AST), UMPSA Kohort 2023/2024

Hari Penasihatan Akademik Program Asasi Sains dan Teknologi (AST), UMPSA Kohort 2023/2024

Pada 9 Ogos 2023, telah berlangsung Hari Penasihatan Akademik bagi Program Asasi Sains dan Teknologi (AST), di Blok W, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Seramai 37 pelajar AST Kohort 2023/2024 dan juga 6 penasihat akademik yang terdiri daripada pensyarah Pusat Sains Matematik (PSM) terlibat pada hari tersebut.

Acara dimulakan dengan perasmian daripada Dekan PSM, Prof. Dr. Mohd Zuki Bin Salleh, diikuti dengan ucapan Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar PSM, Prof. Madya Dr. Mohd Sham Bin Mohamad dan Ketua Program AST, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Bin Mohd Kasim.

Antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan ialah sesi ‘ice breaking’, membina logo dan nama kumpulan, aktiviti menyusun botol minuman secara kreatif menggunakan tali dan mengawal pergerakan bola menggunakan teknik keseimbangan tali. Hari Penasihatan Akademik ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dan para penasihat akademik Program AST. Program ini juga dapat membuka ruang kepada para pelajar untuk lebih mengenali sesama mereka dan membina hubungan yang baik di antara penasihat akademik dan pelajar seliaan. Acara ini diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada para pelajar.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Print   Email